Dalam tahun lima puluhan, Ulu
Kimanis hanya mempunyai bilangan penduduk yang sedikit sahaja disebabkan
tempatnya terletak di kawasan luar Bandar Papar. Pada tahun 1953, kaum Tiong
Hua dari Penampang dan Tenom meneroka kampung Ulu Kimanis yang diduduki
sebilangan kaum Kadazan.
Kaum
Tiong Hua sedar mereka memerlukan sebuah sekolah untuk mendapat pendidikan bagi
anak-anak mereka. Sehubungan itu , Encik Liew Su Ling, Encik Chong Pau Yee,
Encik Lew Su dan beberapa orang penduduk kampung terus bercadang dan mengetuai
penduduk kampong yang lain untuk membina sebuah sekolah.
Mereka
membina sekolah ini dengan menggunakan inisiatif sendiri. Bahan-bahan pembinaan
diperolehi daripada kayu-kayan yang tumbuh meliar di sekeliling kawasan kampung.
Manakala daun-daun nipah digunakan untuk membina atap dan papan digunakan untuk
membina dinding. Mereka membina sekolah tersebut secara bergotong-royong dan
bekerjasama di antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Sementara itu ,
Encik Liew Su Ling dan Eincik Lee Chong secara ikhlasnya bersetuju mendermakan
sebahagian kecil tanah mereka di batu 131 / 2 seluas 2 ekar (CL 025313740 / CL
025313759) untuk tujuan pembinaan tersebut. Pada tahun 1959, sekolah SRJK Cheng
Ming siap dibina. Bangunan sekolah tersebut mempunyai 3 buah bilik darjah tanpa
bilik guru. Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai 40 orang sahaja dan
hanya seorang guru sahaja yang bertugas di sekolah tersebut.
Bagi
menampungkan keperluan sekolah , pengerusi ketika itu telah meminta derma
ikhlas dari penduduk kampung untuk tujuan pembaharuan bangunan sekolah. Jumlah
derma yang dapat dari derma ikhlas penduduk pada masa itu adalah sebanyak
RM2000.00 dan pihak sekolah juga mendapat sumbangan dari pihak kerjaan sebanyak
RM20000.00 . Dengan kerja pembinaan bangunan baru telah bermula. Bangunan baru
yang siap dibina mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah
stor. Pada tahun 1971 sebuah rumah guru yang diperbuat daripada papan dibina
hasil sumbangan daripada dermawan yang ingin memajukan sekolah bagi pendidikan
anak-anak mereka, bangunan ketika telah dibina pada tahun 1984.
Hasil
usaha Guru Besar komuniti setempat, sekolah semakin berkembang dengan
terbinanya dewan mini, pusat sumber, tempat letak kereta, kantin, gelanggang
bola keranjang, dapur dan pondok. Mutakhir sekolah semakin berkembang dengan
terbinanya lagi Pra sekolah dan Bilik Komputer. Oleh yang demikian, kemudahan
ini membantu meningkatkan prestasi sekolah dari segi Ko-Kurikulum dan
Kurikulum.
No comments:
Post a Comment